Kembali

Freelance Tutor Mengaji (Kontrak)

NURA ACADEMY
Jawatan Jarak Jauh Remote 8 hari lagi Untuk ustazah/wanita sahaja

Elaun RM120–500/bulan

Penerangan

πŸ“… Maklumat Jawatan:
- Jawatan: Tutor Freelance Al-Quran
- Elaun: RM120-RM500/bulan (RM36/2jam)
(tidak termasuk elaun insentif bulanan)
- Income sambilan sesuai untuk pelajar Degree/Master atau fresh grad.
- Jadual waktu kelas pelajar akan disusun mengikut masa yang telah diberikan

Tempoh Kontrak
- Kontrak percubaan selama 3 bulan + 6 bulan.
- Penyambungan kontrak kepada 6 atau 12 bulan akan dipertimbangkan berdasarkan prestasi selepas tamat kontrak percubaan.

🎯 Tugas & Tanggungjawab:
- Mengajar kelas Iqra’/Al-Quran dan asas fardhu ain secara online, dengan jadual yang dipersetujui bersama pelajar/ibu bapa.
- Menjaga adab, bahasa, dan penampilan sepanjang sesi kelas.
- Mengemas kini rekod bacaan pelajar dalam Google Sheet yang disediakan selepas setiap kelas.
- Menghantar sekurang-kurangnya satu (1) video rakaman kelas setiap bulan untuk tujuan pemantauan.
- Menghantar ulasan laporan prestasi pelajar kepada ibu bapa/pelajar pada setiap hujung bulan.
- Berkomunikasi secara sopan dan profesional dengan ibu bapa, pelajar, dan pihak pengurusan.

Syarat

βœ… Kriteria Calon yang Dicari:
- Wanita Sahaja
- Available untuk mengajar pada Isnin-Jumaat antara 8-10malam dan Sabtu-Ahad antara 8-10pagi
- Patuh arahan, beradab dan berakhlak mulia
- Berpengalaman mengajar Iqra’ dan Al-Quran untuk dewasa, warga emas & kanak-kanak.
- Mempunyai latar belakang pendidikan agama (minimum Diploma; Degree/Master diutamakan).
- Pelajar Degree/Master sangat dialu-alukan untuk memohon
- Mesra, kreatif, penyabar, dan mahir mengendalikan kelas kanak-kanak, dewasa & warga emas.
- Mahir membaca Al-Quran, menguasai hukum tajwid, serta boleh mengajar dalam Bahasa Inggeris juga.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
- Terbuka untuk wanita berumur 22 – 30 tahun.
- Mampu mengajar secara online dari rumah.
- Mempunyai talian internet yang stabil.
- Bonus: Mempunyai keyakinan bercakap di depan kamera.

Cara Memohon

Sekiranya anda berminat untuk menyertai Team NURA Academy, sila lengkapkan borang permohonan rasmi kami melalui pautan berikut:

https://forms.gle/BtHsbXqGwEDUoxDU9

πŸ“Œ Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga secara dalam talian dalam tempoh dua minggu hingga satu bulan selepas permohonan dihantar.

Kemahiran Diperlukan

Pendidikan Islam Pendidikan Kanak-kanak Tajwid Kanak-kanak

Maklumat Organisasi

NURA ACADEMY
NURA ACADEMY

Ditubuhkan pada tahun 2025, NURA Academy merupakan platform pembelajaran Al-Quran secara dalam talian yang menawarkan kelas mengaji interaktif untuk semua peringkat umur, dengan fokus khusus kepada kanak-kanak. Pendekatan pembelajaran kami santai, menarik secara visual dan disesuaikan mengikut tahap serta kemampuan setiap pelajar. Kami membantu pelajar membaca Al-Quran dengan lebih lancar, memahami hukum tajwid serta membentuk adab dan akhlak yang baik. Selain kelas bacaan Al-Quran, kami turut memberi penekanan kepada pembelajaran hafazan yang menyeronokkan dan interaktif untuk kanak-kanak melalui aktiviti pendidikan serta modul khas yang disesuaikan mengikut tahap pelajar. Misi kami adalah untuk menjadikan pembelajaran Al-Quran lebih mudah diakses, menyeronokkan dan sesuai dengan keperluan generasi masa kini.

Log Masuk untuk Mohon Peluang Ini

Belum ada akaun? Daftar percuma dahulu β†’